Hari ini bertempat di SK Parit Rambai (kampung kami) suasananya agak bberlainan daripada biasa. Di situ kedengaran tangisan anak-anak lelaki. Manakan tidak kerana pada hari ini diadakan majlis berkhatan beramai-ramai.
Majlis anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai telah mendapat sambutan baik daripada anak-anak dan ibu bapa. Seramai 45 orang anak-anak telah berjaya dikhatankan dari pagi hingga ke petang.
Suasana di bilik berkhatan sekali-sekala kedengaran tangisan dan jeritan anak-anak yang bakal menjadi dewasa. Bukan takut nak berkhatan tapi cuma melepaskan perasaan kerana selepas ini tentunya malu jika menangis.... Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.
No comments:
Post a Comment