Saturday 1 January 2011

MAJLIS BACA TAHLIL SEMPENA MASUK KE BANGUNAN BARU SEKOLAH AGAMA AS-SHARIFF, PARIT RAMBAI

Petang ini selepas solat Asar, diadakan majlis tahlil sempena masuk ke bangunan baru sekolah agama yang dah siap. Dalam majlis itu dilaungkan juga azan. Sekolah agama tersebut dinamakan Sekolah Agama As-Syariff. Majlis rasmi penyerahan sekolah belum lagi dilakukan. Namun demikian sesi persekolahan akan bermula pada hari Isnin 3 Januari 2011. Kami bersyukur kerana selepas setahun menunggu, bangunan baru ini sudah boleh digunakan untuk anak-anak meneruskan pembelajaran agama.